Menyirap aku hari ini bila dapat tahu perabot yang ditempah tak dapat dihantar hari ini. Seperti yang aku janji dengan taukey kedai, sepatutnya set bilik tidur tue akan dihantar hari ini. Namun, janji tinggal janji.

Alasan yang diberikan adalah pembekal/pembuat set bilik tidur aku nie tak dapat siapkan tempahan tepat pada masanya kerana merek bercuti sempena tahun baru cina yang lepas.

Aku dah agak perkara ini terjadi. Aku dengan industri berkait rapat dengan pembuatan bahan mentah nie dah lama. Setiap kali ada cuti umum, perayaan dan sebagainya. Memang production akan jadi slow macam siput sedut. Tapi, apa yang buat aku menyirap, taukey kedai perabot nie terlalu over confident can meet tempoh masa yang dijanjikan.

Sebenarnya, aku mengambil sedikit risiko dengan membeli set bedroom yang berharga below RM 2000. Walaupun sebenarnya aku agak ragu-ragu dengan keupayaan tuan kedai untuk deliver set bedroom aku tepat pada masanya. Tapi, macam biasalah, beli kat kedai perabot mewah pun boleh kena kencing. So, aku ambil risiko ini.

Aku dengan tunang saja jalan-jalan mengusha barang letrik di Seng Heng, Sri Rampai. Kebetulan jumpa kedai nie, pung pang sikit, terus ambil set bedroom yang dia jual. Kalau nak dibandingkan set bedroom yang aku pilih nie kat kedai-kedai yang well established, mahu lebih RM3500 tau. Bukan set bilik tidur acah-acah katil asrama ya.

wardrobe dia bersaiz 8x8, entah muat atau tidak bilik tidur rumah aku tue
katil divan, kualiti memang tip top, tak termasuk tilam. tilam super sedap nie

Jadi, akibat kegagalan taukey kedai buat penghantaran set bilik tidur pujaan aku nie, maka aku hambur lah beliau dengan speaking orang putih dalam phone. Merayu-rayu taukey kedai memohon maaf. Actually, aku bukan marah sangat, just nak gertak dia. Agar dia lebih alert dengan kes-kes kelewatan ini. Tapi tak apa, dia dah reschedule penghantaran set bilik tidur aku tue. Aku bagi peluang dia sekali lagi, siap tekan kan ayat:
"this is your last chance, keep your promised. Remember, 17th March. I need my bedroom set in new and good condition." 
Berulang-ulang kali, bagi taukey kedai nie ingat sikit. Kalau tak, aku nak duit aku balik.

Siapa tak teruja woi, bila jumpa set bedroom dengan display dia macam nie. Tapi takpe, stay positive. Good things will come if we 'bersabar'. Insyallah, kalau dah dapat set bedroom nie nanti. Aku tulis serba sedikit.

Sedikit pantun dua kerat,
beli perabot, perabot tak sampai..kah kah kah

Okay, hambar.

Sudah dua kali aku mengalami peristiwa dahsyat dengan orang gemuk yang kejam di dalam lif.
Sebelum tue, aku pun gemuk juga tapi tak kejam. Ini cerita pasal orang gemuk yang kejam. So, jangan salah faham. Orang kurus pun banyak juga yang berperangai musibat, sebagai contoh macam jenis yang suka tekan berkali-kali butang lif tue, acah-acah lif tue ada turbo?

Ini kisah yang menyayat hati. Harap anda simpati dengan dua kisah di bawah.

Peristiwa Pertama

Masa tue di lif berhampiran parking di menara office aku bekerja. Lepas aku parked motor, terus ke lif macam biasa.
Masa lif terbuka, masih kosong. Hanya ada aku dan seorang perempuan gemuk yang masuk. Macam biasa, aku suka bersandar ke dinding dan perempuan gemuk tadi berdiri di panel yang ada nombor tue.
Masa mula aku masuk, aku dah perasan perempuan gemuk nie agak gelojoh, macam nak cepat. Dah lambat agaknya.

Baru sahaja pintu lif nak tutup, aku Nampak seorang amoi cepat-cepat nak masuk.
Tapi, apa yang membuatkan aku terkejut, perempuan gemuk tadi cepat-cepat nak tutup pintu lif. Aku sangat-sangat pasti yang dia nampak amoi tue sedang mempercepatkan langkah nak masuk.

“Ahhh” getus amoi tadi bila pintu lif tertutup dan menghimpit beliau. Kesian gila. Aku dan amoi tadi melihat kea rah perempuang gemuk tadi. Dia buat bodoh macam takda apa-apa.

Peristiwa Kedua

Ini baru terjadi pagi tadi, lepas aku tapau breakfast di level 3 menara office aku nie. Aku menanti lif untuk naik ke atas level 22. Masa lif terbuka, aku lihat ramai orang, tapi muat lah aku yang bam bam nie masuk. Kat kanan aku ada Gemuk 1, dia berdiri menghadap panel yang ada nombor tue. Belakang aku ada Gemuk 2. Sampai level 19, Gemuk 2 nak keluar. Dia tak boleh nak menyelit. Aku yang baik hati nie, pun keluar bagi laluan kepada Gemuk 2.

Bila Gemuk 2 keluar. Aku cepat-cepat nak masuk balik.
Kau tahu apa terjadi? Pintu lif tertutup dengan pantas. Aku sempat bagi isyarat suruh jangan tutup. Aku siap main eye contact dengan akak muka cengkung yang masih mengantuk. Damn, takda sorang pun nampak aku cuba masuk balik dan menahan pintu lif dari tertutup.

Aku rasa macam teraniaya. Aku tahu, ini Gemuk 1 yang punya kerja. Sebab dia berada di panel lif tadi. Aku tak serkap jarang, ini berdasarkan pengalaman aku. Rakyat Malaysia bab naik lif, naik kenderaan awam. Perangai macam musibat.

Kojaq punya gemuk yang kejam.
Ini dah macam sebulan sekali pula dah aku menulis, last entry 1st February. Hari ini 1st March, baru semangat nak tulis.

Punyalah aku gementar kebelakangan nie. Mula-mula fikir seronok jer, satu persatu halangan dapat aku atasi. Tapi, bila difikirkan tentang 'tanggungjawab' tue, aku dah mula mengigil, mulut berbuih, pengsan dua tiga kali.

Tambah tolak, lebih kurang 12 hari sahaja lagi. Gementar baq ang.


Hah, ini dia major event yang aku akan hadapi. Gila gigil jer rasanya. Nampak tenang, dalam hati ada sikit goyang.

Mula-mula steady jer bagi kad kahwin, wassap kawan-kawan. Tapi, bila ada yang ucap tahniah beserta amanat, "semoga memikul tanggungjawab sebagai suami orang". Berdesup macam-macam persoalan bermain di dalam hati.

Dah bersediakah aku?
Ya Allah, permudahkanlah.
Minggu lepas aku ada buat pembelian online di Lazada. Beli small kitchen appliances sempena harga runtuh tahun baru cina. Banyak juga barang yang didagangkan dijual dengan discount yang gila babas banyaknya. Disebabkan cik tunang terpegun apabila mencuba alat memotong bawang rakannya, maka beliau telah menghasut aku membelikan alat dinamakan slap chop seperti dibawah ini.


Bukan 1 menatang slap chop nie aku order, tapi 3!. Cik tunang kata, 1 untuk 'kita', 1 untuk mak dia dan 1 lagi di pi promote kat collegue kami. Apalagi, member pun excited nak beli.


Memandangkan belian melebihi RM75 sahaja baru dapat free shipping (below than that kena caj RM15 untuk 1 barang kalau tak silap). Maka, aku pun cari benda yang aku suka, alang-alang dah beli kat Lazada nie. Cari punya cari, terjumpa blender Shake n Take nie. Aku dari dulu lagi memang berminat dengan blender nie. Nampak convenient sangat. So, aku pun purchase sekali dengan order 3 biji Slap Chop tue.

Kalau dikirakan order semua benda nie (1 blender Shake 'n Take + 3 Slap Chop), total RM75. Kira dapat free shipping. Tapi, tang mana tah dia bagi lagi discount, dapat lah total Rm67.50.

Sampai part nie, semua smooth. Dari tang order, carian barang, make payment dan sebagainya, semua memudahkan. Kira okaylah nak shopping online dekat Lazada nie.

Almaklumlah, aku cheapskate sikit dengan Lazada nie sejak dulu lagi sebab selalu jumpa kes tak best macam servis penghantaran lambat, barang tak bagus etc.

Setelah semua diproses, aku tunggu dua hari barang sampai. Aku bagi alamat opis sebab mudah. Depa hantar guna Skynet courier yang bagi aku "sama lembab macam Pos Laju".

Bila barang dah sampai, aku suruh cik tunang dan member yang tumpang order check barang depa. Alahai, seperti dijangka, kualiti agak kureng tang Slap Chop tue. Member aku punya Slap Chop, dalam keadaan yang kurang baik. Macam tak pasang elok-elok. Satu kerja pula aku nak membuka dan pasangkan balik. Bawah nie gambar member aku bagi, dia kata benda nie tercabut masa nak potong bawang.

Kononya, benda nie terpelanting masa dia tengah chop-chop

Aku punya pula, lebih kurang sama. Macam ala kadar jer pemasangannya. As expected, Lazada bukan jaga quality barang terjual di site mereka. Alhamdulillah, Shake 'n Take blender aku dalam keadaan baik. Dah guna dua kali blend susu protein aku tue. So far, aku berpuas hati juga barang yang satu nie dalam keadaan yang baik.

Barang dalam keadaan yang baik walaupun kotak dua kemik macam barang lama.

Kesimpulannya, seperti tajuk di atas, adalah tidak menyeronokkan shopping online di Lazada in term of barang yang diorder. Maka, aku akan berpegang kepada fahaman lama, Lazada bukan site shopping online yang baik. Tapi, nak dapat barang murah dengan discount boleh lah berkunjung ke sini. Tapi kan, mungkin aku kurang bernasib baik. Mana tahu, ini hanya kes terpencil. Korang boleh cuba sendiri ya.
Kali ini aku nak menulis perihal kad kredit. Ya, kad hutang pada tanggapan sesetengah penduduk bumi dan juga aku pada ketika dahulu. Dulu, aku seorang yang agak konvensional (eh, betul ke term nie?). Beli barang guna cash, beli barang elektronik guna cash, beli tiket kapal terbang pun pakai cash (online banking).

Bagi aku, kad kredit nie tiada kebaikan melainkan beli barang dengan hutang. Bila dah berhutang, maka ia menunjukkan kita berbelanja lebih dari apa yang ada. Bayangkan, aku pernah bawa duit berkepuk-kepuk melebihi nilai RM3000 dalam wallet dan wallet tue aku letakkan di poket hadapan seluar. Amacam? Punyalah tebal poket aku waktu tue. Bukan sekali dua buat macam tue, berkali-kali juga lah.

Namun, sekarang nie setelah keadaan kewangan agak kukuh dan kajian mendalam aku mengenai kebaikan kad kredit ini dilakukan. Akhirnya, hati ini luruh lantas permohonan memiliki kad kredit dilakukan. Salah satu alasan aku nak gunakan kad kredit ini adalah demi tujuan kecemasan. Bagi aku yang duduk merantau nie, Kad kredit boleh digunakan di waktu kecemasan. Aku pernah mengalami pelbagai kecemasan yang perlukan 'wang segera', namun aku tak mampu hindari bila wang di dalam dompet atau dalam bank tak cukup. Mujurlah, hal kecemasan itu tak teruk mana.


Setelah membuat perincian rapi, aku akhirnya memilih Maybank 2 Cards sebagai kad kredit pilihan hati, Dengan tawaran yang agak unik dan feature yang menarik. Aku membuat permohonan melalui iMoney.com sebagai agent yang menguruskan permohonan ini. Banyakkan pembacaan, pasti korang akan jumpa kebaikan lebih banyak dari keburukkan menggunakan kad plastik ini. Tepuk dada, tanya iman.

Alhamdulillah, selepas 2 minggu lebih menunggu. Akhirnya, kad kredit yang dipohon sudah di miliki. Masa buka envelope dari pihak Maybank, aku siap baca doa berbunyi lebih kurang begini,

"Ya Allah, jadikan kad ini alat untuk memudahkan aku dan keluargaku di masa hadapan dan bukan lah alat yang membebankan"

Alang-alang, dah cerita pasal kad kredit aku nie, eloklah aku bercerita mengenai kelebihan dan keunikan kad kredit Maybank 2 Cards. Seperti nama yang diberi, pakej ini datang dengan 2 kad. 1 kad American Express dan 1 lagi kad Visa atau Mastercard. 

Hanya 8.88 % kadar interest
Up to 5% cashback
1 penyata untuk 2 kad ini
5x TreatPoint untuk setiap RM1 American Express

Jadi, aku memilih kad American Express dan kad Visa. Almaklumlah, tak semua tempat menyediakan kemudahan terminal American Express, bila dah ada dua kad nie lebih memudahkanlah. Untuk pengetahuan semua, pelbagai benefit memiliki 2 kad ini, lebih-lebih lagi American Express. 

Setiap RM1 yang dibelanjakan menggunakan American Express, korang akan menerima 5 TreatPoint. Berbanding setiap RM1 menggunakan kad Visa hanya dapat 1 TreatPoint jer. So, faham-fahamlah kad mana akan aku gunakan nanti. Nak tahu lebih lanjut mengenai kad ini. Korang boleh melawat laman web MaybankiMoney.com ataupun RinggitPlus.com

Benda pertama aku buat dengan kad ini adalah belanja cik tunang air coklat San Francisco Coffee, tak sempat nak snap gambar. Pesan aku pada yang mereka yang nak guna kad kredit nie, buat kajian dan perincian yang rapi. Kad kredit boleh jadi alat yang memudahkan dan juga alat membebankan (moga dapat dijauhkan).
Sudah masuk tahun 2015, baru nak tulis entry baru?
Hahaha..steady, ada masa baru tulis, ada cerita baru baca ya?


Masa berlalu dengan pantas, 2014 meninggalkan kita dengan pelbagai cerita gembira dan derita. Bagi aku pula, 2014 memang tahun yang mencabar. Tahun yang tuhan bagi ujian dalam pelbagai cara. Sempat aku rumuskan dalam hati, 2014 datang dalam 3 fasa; fasa berani gagal, fasa kejayaan dan fasa kesedihan. 3 fasa ini hadir mengikut turutan. 

Alhamdulillah, aku harungi dengan senyuman.

Tahun 2015, pasti satu tahun yang mencabar.
Yes, this is the year!! Pelbagai cabaran yang akan aku hadapi. InsyaAllah, bakal menamatkan zaman bujang dan membina keluarga bahagia. Jadi, sebagai persedian menghadapi tahun 2015, ada sedikit keazaman telah aku gariskan sebagai ‘must do’ untuk tahun ini.

Keazaman 2015
1.       Menamatkan zaman bujang
2.       Memiliki insurans nyawa atau sewaktu dengannya
3.       Melangsaikan hutang PTPTN
4.       Memiliki emergency fund

Ini adalah sedikit keazaman yang terlintas dalam kepala. Semuanya, berkisar tentang keluarga bahagia. Untuk diri sendiri, aku tak fikir lagi. Sebab, tahun lepas dah banyak perkara aku buat untuk diri sendiri salah satunya peningkatan dalam kerjaya. So, tahun ini untuk pembinaan keluarga bahagia.

Doakan aku ya!!
Hari ini merupakan kali pertama dalam hidup aku menghadiri sesi temuduga kerja kerajaan. Menjadi salah seorang senarai calon temuduga Penguasa Kastam W41 adalah satu perkara yang membanggakan. Yelah, sebelum berjaya ke sesi temuduga nie, setiap calon kena menduduki exam online. Bukan senang woi, aku ingat semua akan lulus kalau main jawab jer. Nak jadikan terita, kali pertama menduduki exam online tue, aku failed. Mujur pihak SPA bagi peluang kedua, akhirnya berjaya juga aku melayakkan diri ke peringkat temuduga.


Long story short, tulisan ini adalah sekadar perkongsian pengalaman sahaja. So, kepada bakal-bakal calon temuduga, all the best.

Pernah tengok cerita cina zaman dinasti-dinasti? Pernah tengok babak-babak dimana para pemuda di negara cina waktu itu pulun study nak lulus dalam exam sebelum menjadi pegawai kerajaan? Macam itulah pengalaman aku siang tadi sewaktu datang ke pusat temuduga SPA Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur.

Temuduga bermula 8.30am seperti dalam surat panggilan, aku tiba di pusat temuduga pukul 8.00am, bajet-bajet antara terawal ler kononnya. Tapi, bila aku naik ke tingkat 2 bangunan SPA tue untuk tujuan pendaftaran, punyalah ramai umat manusia. Macam-macam jenis calon ada kat situ. Bagi yang comel-comel, memang tak terlepas dari pandangan mata. Semua datang berpakaian segak, berbaju kurung tudung kain satin, ada juga berkot dan bertali leher. Ada juga yang datang dengan penampilan minta penerajang, dengan muka tak bercukur, rambut kusut. Ini nak minta kerja pegawai kerajaan ke buruh kasar? Masing-masing ada ijazah kan?

Proses temuduga ini bermula dengan pendaftaran bakal calon. Setiap calon harus meletakkan surat panggilan temuduga ke dalam box yang disediakan dan menanti nama mereka dipanggil. Hampir sejam aku tunggu. Mujur lah staff SPA yang bertugas untuk tujuan pendaftaran nie efficient dan baik budi pekertinya. Tiba giliran aku, segalanya jadi mudah. Sempat juga menjeling seorang calon yang tampak lebih muda membuat pendaftaran di sebelah aku. Amboi, gambar resume dia bukan main posing. Hampir separuh badan dengan gaya posing menyenget. Aku suspek dia budak media, grafik atau seangkatan dengannya.

"kau dah kenapa posing gambar resume macam tue?" jerit aku dalam hati

Calon tadi tersengih-sengih bila aku dengan muka shocking usha dia.

Kami berdua dapat bilik temuduga yang sama. Aku calon no.7 dan dia calon No. 8. Sempat juga kami berborak. Tak berapa lama kemudian, datang pula seorang gadis berbaju kurung duduk sebelah aku. Oh calon No. 9. Tersipu-sipu malu cik gadis meminjam pen aku. Comel orangnya, persis Nelydia Senrose versi chubby.

Tiba giliran aku dipanggil, dalam bilik ada dua orang penemuduga, seorang wakil kastam dan seorang lagi wakil SPA. Aku serahkan resume dan dokumen berkaitan kepada mereka berdua.
Sesi bermula dengan memperkenalkan diri. Oh ya, aku tak cam kedua-dua panel penemuduga tadi. Aku hanya bahasakan mereka encik. Nama mereka pun agak terselindung.

Selesai memperkenalkan diri, laju jer panel dari kastam tadi berkata-kata sambil melontarkan soalan yang berbentuk provokasi.

"besar dah gaji kamu nie, kenapa nak kerja kastam ni?"
"bagi lah peluang yang lain kat luar tue, ramai takda kerja lagi"

"saya tengok kamu nie lebih kepada seorang pegawai polis jer" ujar panel dari SPA tadi lepas dia tahu latar belakang family aku.

"kenapa pilih kastam, kenapa tak pilih polis jer?"
"baik awak tunggu panggilan polis dari awak apply kastam nie"

Aku senyum, aku jawab dengan tenang. Dia ingat aku fresh grad ke nak provoke macam tue? Try harder lah. Aku patahkan setiap soalan provokasi mereka. Malah sampai ke soalan integriti juga aku berjaya menjawab dengan baik.

"kamu pun tahu kan, dengan imej yang tercalar kes tangkapan rasuah baru-baru nie, kenapa masih nak apply kastam? Integriti kami dah dipersoalkan?"

Aku jawab dengan tenang, "saya melihat insiden ini melalui sudut positif, di mana organisasi kastam juga menitik beratkan soal integriti. Penangkapan pegawai kanan dan anggota-anggota kastam ini menjadi amaran kepada semua bahawasanya Jabatan Kastam tidak akan membiarkan salah laku berlaku dikalangan anggota mereka". Ayat mahu kemas, kasi kipas sikit. Reverse psychology orang putih cakap.

Encik Kastam agak terpegun, lalu keadaan menjadi santai. Dia pun meluahkan kekecewaan mengenai insiden salah laku rasuah yang berlaku. Sempat juga dia bermadah soal rasuah yang berlaku "ombak yang memukul pantai, berkali-kali di pukul ombak, pantai pun berubah". Aku suka encik Kastam nie, dia berpangkat besar juga sebab pernah jadi bos Jabatan Kastam di Lahad Datu, Sabah.


Soalan mengenai GST juga ditanyakan oleh beliau. Hanya basic seperti barang yang dikecualikan GST, tariff GST, bila nak start guna GST. Paling aku tak boleh blah, dia tanya pasal rukun negara. Nasib baik rukun negara tue dah sebati dalam diri. Selamba aku jawab satu persatu.

Just aku tak berapa best dengan panel SPA tadi, serius bukan main. Siap cakap aku tak bersedia itu ini. Tak buat kajian pasal Kastam selepas dia tanya kat rumah aku nie, ada pejabat kastam berhampiran? Aku jawab tak sure tapi aku tahu ada pejabat kastam di Putrajaya dan Port Klang. Dia cakap imej aku dah kemas, segak, rambut rapi. Tapi, dia nasihatkan aku supaya pakai tali leher kalau datang temuduga pegawai kerajaan. Choi, boleh pula datang temuduga tak pakai tali leher. Kurang dah markah aku tadi. HaHaHa..

Apa-apa pun, ini pengalaman pertama sampai ke peringkat interview kerja kerajaan. No hard feeling sebenarnya dengan soalan provokasi dan sebagainya. Malah aku rasa bertuah menjadi calon temuduga jawatan pegawai kanan kerajaan. Hope the best untuk semua calon, ingat ya dipukul ombak berkali-kali, kita tetap ada tuhan. Jangan goyang dengan habuan yang tak berkat. Semoga kalian yang berjaya dapat menjadi Penguasa Kastam W41 yang berdedikasi penuh integriti.

Update: Aku tersenarai sebagai calon simpanan, tak pakai tali leher pun dapat? Alhamdulillah!

Final Update:  Aku dipanggil untuk lapor diri di pusat laihan mereka di Melaka. Aku nak fokus pada impian aku. Mungkin, dengan ikhlas hati aku menarik diri dari melapor diri, ada calon yang lebih layak atau mereka yang benar-benar memerlukan jawatan ini untuk mengubah kehidupa. Allah know best.


Search This Blog

Powered by Blogger.

About me

Photo Profile
Taylor Wong Architecture Designer

The Japanese call it Hanakotoba, and King Charles II brought it to Sweden from Persia in the 17th century. Read More

My Instagram

3/randomposts

Like us on Facebook

3/recentposts

recent posts