Leceh bila tak punya papan kekunci untuk menaip, tak punya laptop atau pun komputer untuk lebih rajin menaip kisah kehidupan. Apatah lagi tanpa sambungan internet yang stabil dan laju.

Yup, hanya menggunakan Lenovo Vibe Z (smartphone) aku menulis entri terbaru ini.
Salam lebaran, moga kalian yang baca entri ini dilindungi rahmat tuhan.



Bercuti hampir dua minggu di kampung halaman memang benar-benar buatkan aku lebih rehat dari rutin di kota raya. Makan tanpa henti juadah lontong masakan emak adalah kepuasan. "Tampak gemuk dan berisi" ujar opismate adalah bukti nafsu melantak juadah kegemaran.

Di kota raya ini, open house pilihan utama warga kota yang busy. Berbeza di kampung, pintu rumah sentiasa terbuka luas buat rakan-rakan dan jiran tetangga. Di kota raya, faktor masa dan kelapangan menjadi kekangan. Maka rumah terbuka atau lebih digemar disebut open house menjadi pilihan.

Raya tahun ini, usai touchdown di airport KLIA 2, aku bergegas menaiki bas menuju ke KL Sental, di sana, sambung lagi menaiki komuter menuju ke Segambut mengambil kereta yang ditinggalkan hampir dua minggu.

Belum hilang penat, dengan pantas aku menuju ke IPD Dang Wangi jemputan rakan yang mesra dipanggil Candu. Entah berapa kali aku tidak dapat memenuhi undangan open house beliau semenjak menetap di kota raya. Bukan sombong, setiap kali keluarganya mengadakan open house, mesti aku masih di kampung atau dalam perjalanan pulang ke sini.

Raya kali ini, aku nekad. Tak mahu lagi hampakan beliau. Walaupun baru tiba, belum sempat pulang ke rumah, aku gagahkan diri menghadiri jemputan.

Semalam, undangan open house yang kedua dia rumah sahabat yang sudah berkeluarga. Sebenarnya, kami sendiri beramai-ramai meminta Ren dan isterinya Dekti menganjurkan open house. Sejak mereka berkahwin, belum pernah kami ke rumah mereka.

Dengan juadah bihun sup dan rempeyek Mak Yon (emak ren memang pandai masak) yang dibawa dari kampung. Aku, Amad, Nana (tunang Amad), Alep, Candu dan Jard berselera menikmati juadah yang ada. Simple, tapi menziarahi itu lebih penting.

Sebelum tiba, Ren memberikan alamat rumahnya. Saat aku dan Amad melilau mencari nombor rumah beliau, kami terhenti disebuah rumah. Alamat rumah sama, tapi pelik, kenapa rumah Ren dihiaskan peralatan sembahyang kaum India?

Tiba-tiba terdengar suara Ren terkekek ketawakan kami dari belakang. Rupanya, beliau sengaja memberikan alamat rumah jiran hadapan rumahnya yang berbangsa India. Tak berubah-ubah Ren nie nak kenakan kawan-kawan.

Kami banyak berborak tentang kehidupan masa hadapan, Ren dengan perancangan berhijrah ke Melaka serta projek ayam kampung kami.

Apa yang buat aku ralat, semua terlupa nak ambil gambar sedangkan masing-masing punya smartphone yang canggih-canggih.

Bagaimana pula dengan anda?

Search This Blog

Powered by Blogger.

About me

Photo Profile
Taylor Wong Architecture Designer

The Japanese call it Hanakotoba, and King Charles II brought it to Sweden from Persia in the 17th century. Read More

My Instagram

3/randomposts

Like us on Facebook

3/recentposts

recent posts