Showing posts with label penguasa kastam w41. Show all posts
Showing posts with label penguasa kastam w41. Show all posts
Hari ini merupakan kali pertama dalam hidup aku menghadiri sesi temuduga kerja kerajaan. Menjadi salah seorang senarai calon temuduga Penguasa Kastam W41 adalah satu perkara yang membanggakan. Yelah, sebelum berjaya ke sesi temuduga nie, setiap calon kena menduduki exam online. Bukan senang woi, aku ingat semua akan lulus kalau main jawab jer. Nak jadikan terita, kali pertama menduduki exam online tue, aku failed. Mujur pihak SPA bagi peluang kedua, akhirnya berjaya juga aku melayakkan diri ke peringkat temuduga.


Long story short, tulisan ini adalah sekadar perkongsian pengalaman sahaja. So, kepada bakal-bakal calon temuduga, all the best.

Pernah tengok cerita cina zaman dinasti-dinasti? Pernah tengok babak-babak dimana para pemuda di negara cina waktu itu pulun study nak lulus dalam exam sebelum menjadi pegawai kerajaan? Macam itulah pengalaman aku siang tadi sewaktu datang ke pusat temuduga SPA Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur.

Temuduga bermula 8.30am seperti dalam surat panggilan, aku tiba di pusat temuduga pukul 8.00am, bajet-bajet antara terawal ler kononnya. Tapi, bila aku naik ke tingkat 2 bangunan SPA tue untuk tujuan pendaftaran, punyalah ramai umat manusia. Macam-macam jenis calon ada kat situ. Bagi yang comel-comel, memang tak terlepas dari pandangan mata. Semua datang berpakaian segak, berbaju kurung tudung kain satin, ada juga berkot dan bertali leher. Ada juga yang datang dengan penampilan minta penerajang, dengan muka tak bercukur, rambut kusut. Ini nak minta kerja pegawai kerajaan ke buruh kasar? Masing-masing ada ijazah kan?

Proses temuduga ini bermula dengan pendaftaran bakal calon. Setiap calon harus meletakkan surat panggilan temuduga ke dalam box yang disediakan dan menanti nama mereka dipanggil. Hampir sejam aku tunggu. Mujur lah staff SPA yang bertugas untuk tujuan pendaftaran nie efficient dan baik budi pekertinya. Tiba giliran aku, segalanya jadi mudah. Sempat juga menjeling seorang calon yang tampak lebih muda membuat pendaftaran di sebelah aku. Amboi, gambar resume dia bukan main posing. Hampir separuh badan dengan gaya posing menyenget. Aku suspek dia budak media, grafik atau seangkatan dengannya.

"kau dah kenapa posing gambar resume macam tue?" jerit aku dalam hati

Calon tadi tersengih-sengih bila aku dengan muka shocking usha dia.

Kami berdua dapat bilik temuduga yang sama. Aku calon no.7 dan dia calon No. 8. Sempat juga kami berborak. Tak berapa lama kemudian, datang pula seorang gadis berbaju kurung duduk sebelah aku. Oh calon No. 9. Tersipu-sipu malu cik gadis meminjam pen aku. Comel orangnya, persis Nelydia Senrose versi chubby.

Tiba giliran aku dipanggil, dalam bilik ada dua orang penemuduga, seorang wakil kastam dan seorang lagi wakil SPA. Aku serahkan resume dan dokumen berkaitan kepada mereka berdua.
Sesi bermula dengan memperkenalkan diri. Oh ya, aku tak cam kedua-dua panel penemuduga tadi. Aku hanya bahasakan mereka encik. Nama mereka pun agak terselindung.

Selesai memperkenalkan diri, laju jer panel dari kastam tadi berkata-kata sambil melontarkan soalan yang berbentuk provokasi.

"besar dah gaji kamu nie, kenapa nak kerja kastam ni?"
"bagi lah peluang yang lain kat luar tue, ramai takda kerja lagi"

"saya tengok kamu nie lebih kepada seorang pegawai polis jer" ujar panel dari SPA tadi lepas dia tahu latar belakang family aku.

"kenapa pilih kastam, kenapa tak pilih polis jer?"
"baik awak tunggu panggilan polis dari awak apply kastam nie"

Aku senyum, aku jawab dengan tenang. Dia ingat aku fresh grad ke nak provoke macam tue? Try harder lah. Aku patahkan setiap soalan provokasi mereka. Malah sampai ke soalan integriti juga aku berjaya menjawab dengan baik.

"kamu pun tahu kan, dengan imej yang tercalar kes tangkapan rasuah baru-baru nie, kenapa masih nak apply kastam? Integriti kami dah dipersoalkan?"

Aku jawab dengan tenang, "saya melihat insiden ini melalui sudut positif, di mana organisasi kastam juga menitik beratkan soal integriti. Penangkapan pegawai kanan dan anggota-anggota kastam ini menjadi amaran kepada semua bahawasanya Jabatan Kastam tidak akan membiarkan salah laku berlaku dikalangan anggota mereka". Ayat mahu kemas, kasi kipas sikit. Reverse psychology orang putih cakap.

Encik Kastam agak terpegun, lalu keadaan menjadi santai. Dia pun meluahkan kekecewaan mengenai insiden salah laku rasuah yang berlaku. Sempat juga dia bermadah soal rasuah yang berlaku "ombak yang memukul pantai, berkali-kali di pukul ombak, pantai pun berubah". Aku suka encik Kastam nie, dia berpangkat besar juga sebab pernah jadi bos Jabatan Kastam di Lahad Datu, Sabah.


Soalan mengenai GST juga ditanyakan oleh beliau. Hanya basic seperti barang yang dikecualikan GST, tariff GST, bila nak start guna GST. Paling aku tak boleh blah, dia tanya pasal rukun negara. Nasib baik rukun negara tue dah sebati dalam diri. Selamba aku jawab satu persatu.

Just aku tak berapa best dengan panel SPA tadi, serius bukan main. Siap cakap aku tak bersedia itu ini. Tak buat kajian pasal Kastam selepas dia tanya kat rumah aku nie, ada pejabat kastam berhampiran? Aku jawab tak sure tapi aku tahu ada pejabat kastam di Putrajaya dan Port Klang. Dia cakap imej aku dah kemas, segak, rambut rapi. Tapi, dia nasihatkan aku supaya pakai tali leher kalau datang temuduga pegawai kerajaan. Choi, boleh pula datang temuduga tak pakai tali leher. Kurang dah markah aku tadi. HaHaHa..

Apa-apa pun, ini pengalaman pertama sampai ke peringkat interview kerja kerajaan. No hard feeling sebenarnya dengan soalan provokasi dan sebagainya. Malah aku rasa bertuah menjadi calon temuduga jawatan pegawai kanan kerajaan. Hope the best untuk semua calon, ingat ya dipukul ombak berkali-kali, kita tetap ada tuhan. Jangan goyang dengan habuan yang tak berkat. Semoga kalian yang berjaya dapat menjadi Penguasa Kastam W41 yang berdedikasi penuh integriti.

Update: Aku tersenarai sebagai calon simpanan, tak pakai tali leher pun dapat? Alhamdulillah!

Final Update:  Aku dipanggil untuk lapor diri di pusat laihan mereka di Melaka. Aku nak fokus pada impian aku. Mungkin, dengan ikhlas hati aku menarik diri dari melapor diri, ada calon yang lebih layak atau mereka yang benar-benar memerlukan jawatan ini untuk mengubah kehidupa. Allah know best.


Search This Blog

Powered by Blogger.

About me

Photo Profile
Taylor Wong Architecture Designer

The Japanese call it Hanakotoba, and King Charles II brought it to Sweden from Persia in the 17th century. Read More

My Instagram

3/randomposts

Like us on Facebook

3/recentposts

recent posts