Bukan Sekadar Kad Plastik

/
5 Comments
Kali ini aku nak menulis perihal kad kredit. Ya, kad hutang pada tanggapan sesetengah penduduk bumi dan juga aku pada ketika dahulu. Dulu, aku seorang yang agak konvensional (eh, betul ke term nie?). Beli barang guna cash, beli barang elektronik guna cash, beli tiket kapal terbang pun pakai cash (online banking).

Bagi aku, kad kredit nie tiada kebaikan melainkan beli barang dengan hutang. Bila dah berhutang, maka ia menunjukkan kita berbelanja lebih dari apa yang ada. Bayangkan, aku pernah bawa duit berkepuk-kepuk melebihi nilai RM3000 dalam wallet dan wallet tue aku letakkan di poket hadapan seluar. Amacam? Punyalah tebal poket aku waktu tue. Bukan sekali dua buat macam tue, berkali-kali juga lah.

Namun, sekarang nie setelah keadaan kewangan agak kukuh dan kajian mendalam aku mengenai kebaikan kad kredit ini dilakukan. Akhirnya, hati ini luruh lantas permohonan memiliki kad kredit dilakukan. Salah satu alasan aku nak gunakan kad kredit ini adalah demi tujuan kecemasan. Bagi aku yang duduk merantau nie, Kad kredit boleh digunakan di waktu kecemasan. Aku pernah mengalami pelbagai kecemasan yang perlukan 'wang segera', namun aku tak mampu hindari bila wang di dalam dompet atau dalam bank tak cukup. Mujurlah, hal kecemasan itu tak teruk mana.


Setelah membuat perincian rapi, aku akhirnya memilih Maybank 2 Cards sebagai kad kredit pilihan hati, Dengan tawaran yang agak unik dan feature yang menarik. Aku membuat permohonan melalui iMoney.com sebagai agent yang menguruskan permohonan ini. Banyakkan pembacaan, pasti korang akan jumpa kebaikan lebih banyak dari keburukkan menggunakan kad plastik ini. Tepuk dada, tanya iman.

Alhamdulillah, selepas 2 minggu lebih menunggu. Akhirnya, kad kredit yang dipohon sudah di miliki. Masa buka envelope dari pihak Maybank, aku siap baca doa berbunyi lebih kurang begini,

"Ya Allah, jadikan kad ini alat untuk memudahkan aku dan keluargaku di masa hadapan dan bukan lah alat yang membebankan"

Alang-alang, dah cerita pasal kad kredit aku nie, eloklah aku bercerita mengenai kelebihan dan keunikan kad kredit Maybank 2 Cards. Seperti nama yang diberi, pakej ini datang dengan 2 kad. 1 kad American Express dan 1 lagi kad Visa atau Mastercard. 

Hanya 8.88 % kadar interest
Up to 5% cashback
1 penyata untuk 2 kad ini
5x TreatPoint untuk setiap RM1 American Express

Jadi, aku memilih kad American Express dan kad Visa. Almaklumlah, tak semua tempat menyediakan kemudahan terminal American Express, bila dah ada dua kad nie lebih memudahkanlah. Untuk pengetahuan semua, pelbagai benefit memiliki 2 kad ini, lebih-lebih lagi American Express. 

Setiap RM1 yang dibelanjakan menggunakan American Express, korang akan menerima 5 TreatPoint. Berbanding setiap RM1 menggunakan kad Visa hanya dapat 1 TreatPoint jer. So, faham-fahamlah kad mana akan aku gunakan nanti. Nak tahu lebih lanjut mengenai kad ini. Korang boleh melawat laman web MaybankiMoney.com ataupun RinggitPlus.com

Benda pertama aku buat dengan kad ini adalah belanja cik tunang air coklat San Francisco Coffee, tak sempat nak snap gambar. Pesan aku pada yang mereka yang nak guna kad kredit nie, buat kajian dan perincian yang rapi. Kad kredit boleh jadi alat yang memudahkan dan juga alat membebankan (moga dapat dijauhkan).


You may also like

5 comments:

  1. esok banje tgk wayang plak.. kakakakakaka..

    ReplyDelete
  2. sy masih ag tunggu kad kredit dari Ambank dan CIMB...apply 2 jenis drp setiap bank coz setiap kad ada tujuan masing2 utk digunakan. Utk.Ambank sy apply Ambank Islamic Mastercard Carz-i utk dptkan cashrebate 2% every month for fuel spending. Lagi satu Ambank Cosway Gold Mastercard utk kumpul Cosway Point mmdgkan kita n mak kita kaki shopper Cosway hahaha. Tapi still beli ikut keperluan, bukan melantak semu produk kat Cosway tu hahaha. Utk CIMB lak, apply CIMB Cash Rebate Platinum utk dptkan 2% cashback for groceries spending n 2% cashback for fuel spending n 5% for online shopping ( utk beli merchands kat Lazada, 11streets coz ag murah + dpt diskaun ag utk pemegang card CIMB ). satu ag CIMB Islamic Mastercard Platinum utk emergency n kumpul point. mmg betul ckp tuan, sy wat kajian hampir setahun utk kad2 kredit yg ada kt Malaysia dgn bantuan iMoney, Comparehero, GoBear n Ringgitplus. tp tulah..tgh tunggu result dr bank..mintak2 lulus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah perincian yang baik dalam membuat pilihan.

      Ini pro and cons setelah setahun dua pakai credit card di atas.

      Pro
      1. Tengol wayang 1 tiket RM10 kat TGV. Seronok betul. Tapi, tak pasti bulan nie ada lagi ke promo.

      2. Beli barang dengan Zero interest. Best.

      Cons

      1. Kadang-kadang belanja berlebihan.
      2. Asyik nak swipe jer. Sedangkan ada jer cash.
      3. Bersihkan hutang, buat hutang baru. Adoi, aku mula kurangkan membeli dengan swipe card credit. Ada duit baru beli.


      Semoga hang dapat gunakan card credit nie dengan baik.

      Delete
    2. Haha...tu masalahnya.. Yang kuat iman je boleh pakai kad ni.. Hopefully dpt pakai dgn baik. Amin

      Delete

Search This Blog

Powered by Blogger.

About me

Photo Profile
Taylor Wong Architecture Designer

The Japanese call it Hanakotoba, and King Charles II brought it to Sweden from Persia in the 17th century. Read More

My Instagram

3/randomposts

Like us on Facebook

3/recentposts

recent posts