Showing posts with label Nota. Show all posts
Showing posts with label Nota. Show all posts

Ini adalah cubaan ke berapa juta kali untuk aku menulis dengan konsisten. Dah berulang kali aku cuba tulis sesuatu, melempar buah fikiran, adu uji tajam pemikiran. Tapi, akhirnya aku padam, walaupun sudah tinggal lagi beberapa baris ayat penutup cerita. Begitu juga di facebook. Aku gemar memadam kembali apa yang terbit ikhlas di fikiran, yang muncul dengan sopan untuk menyatakan apa yang sewajarnya. Tapi, tiada noktah dan ia terpadam begitu sahaja.

Takut?
Ya, takut.
Takut akan jahatnya fikiran manusia yang suka memutar belitkan cerita.

Tapi, pagi ini.
Aku punya semangat baru.
Menulis di blog peribadi akan apa yang aku rasa.

Lupakan kenangan blog komersil hardfever yang penuh dengan cerita. Sudah lama aku nyah aktifkan sebab kekangan masa. **

Aku ingin menulis seperti dulu. Bebas menulis kisah diri, travelog, waima cubaan masakan yang tak berapa menjadi.

Nama aku Zaft dan aku menulis kembali.
It's a brand new me. Jenama lama yang diangkat kembali. Ini blog personal terbaru aku. Lupakan kisah lama. Kalau ada, akan aku selitkan sebagai memento kalian yang membaca.


** bagi mereka yang kenal dan baca.

Sign off,
Zaft Hardfever

Search This Blog

Powered by Blogger.

About me

Photo Profile
Taylor Wong Architecture Designer

The Japanese call it Hanakotoba, and King Charles II brought it to Sweden from Persia in the 17th century. Read More

My Instagram

3/randomposts

Like us on Facebook

3/recentposts

recent posts