Showing posts with label legoland nusajaya. Show all posts
Showing posts with label legoland nusajaya. Show all posts

Bulan lepas, aku, cik tunang dan rakan-rakan ke Legoland Malaysia. Kalau ikutkan citarasa aku nie, bergembira ke taman tema bukanlah menjadi pilihan.

Aku suka lagi masuk hutan, backpack ke negara orang. Tambahan pula harga tiket yang bukan main mahalnya. Memang Legoland ini tak mungkin masuk dah wish list 'my escapade' aku. Kalau tak silap aku, harga tiket sebenar beli secara walk in untuk taman tema dan taman air Legoland Malaysia nie sampai mencecah RM200. Itu belum lagi kos perjalanan dari KL nak ke sini.

Namun, dipendekkan cerita, akak office lah yang inform cik tunang tentang offer tiket murah, semurah RM20 termasuk theme park and waterpark sekali. What???? RM20 hengget?? Mula-mula aku tak percaya. Yelah, kononnya kalau beli majalah bola sepak piala dunia (masa tue world cup 2014 pun nak menutup tirai), boleh dapat voucher combo theme park dan water park Legoland Malaysia. Gila kau? Macam tipu jer kan?

Lepas dah pegang sendiri, aku macam tak percaya jer voucher theme park dan water park dengan harga semurah itu. Masa nie pun hati masih was-was lagi. Lepas berpakat dengan cik tunang dan dua lagi kawan baik aku. Kami pun decide pergi juga ke Legoland Malaysia. Walaupun, sebenarnya macam-macam masalah berlaku. Plan tetap diteruskan.

Dari Kuala Lumpur, kami bertolak seawal jam 6 pagi, subuh kat RnR. Kekonon nak kejar timing masuk awal. Ikut perancangannya, 5.30am tayar dah bergolek atas highway. Tapi, aku dan dua lagi rakan aku boleh bantai tidur. Nasib baik cik tunang kejut. Memang haru sungguh.

Kami sampai seawal jam 11.00 pagi, umat manusia dah mulai ramai. Parking kat open space berharga RM 9.00 per entry, siap ada bas polis kat parking lot tue. Kira selamat lah juga nak tinggalkan kereta.

Sebelum masuk, kami macam orang lain dok pulun groufie depan signboard. Nak tunjuk kat orang KL, kami dah sampai Legoland katanya.

Masa nak claimed ticket, orang masih tak ramai lagi. Semua masih pulun selfie depan signboard agaknya. Ada juga aku nampak satu family nie dok usung newspaper banyak-banyak dok gunting keratan iklan Legoland anak beranak. Macam sweet jer moment tue, kau anak beranak kerjasama nak dapat tiket murah. Lantak pi lah apa orang nak kata. Janji dapat masuk Legoland dengan harga tiket murah.

Kebetulan tarikh yang kami pilih nie, Johor agak lembap sikit cuacanya. Asyik hujan disertai ribut petir. Maka, baru masuk jer kat taman tema tue. Hujan pun mulai membasahi bumi. Baru jer dok berselfie  dekat Mini Legoland tue. Kena bersidai bawah empat berteduh tunggu hujan reda.


Mula-mula geram juga, tapi bila fikir harga tiket yang murah tue tidak ler aku mengomel sambil jari menguis tanah. layankan sahaja hujan yang turun, lepas dah reda, maka pakat-pakat pergi wayang 4D yang tersedia. Kat sini, ada beberapa movie pendek boleh dipilih. Setiap satunya, ditayangkan ikut masa-masa tertentu. Tiada yang menarik. Tapi, budak-budak bukan main tergelak, menjerit keriangan. Yelah, siap ada deru angin, semburan air dan watak yang seakan-akan hidup.

Kami sempat mencuba permainan-permainan di sekitarnya. Juga, menaiki tower yang seakan-akan menara taming sari yang berputar-putar melihat keseluruhan taman tema Legoland Malaysia. Luas dan menarik. Siap boleh usha dan planning ride mana kami nak cuba.


Terus terang aku kata, parent yang bawa anak-anak mungkin akan rasa berbaloi. Tapi, bagi mereka yang seusia aku, amatlah boring masuk taman tema macam nie kecuali 2 roller coaster dan ride diberi nama Project X. Pergh!! Roller Coaster dia tak lah gempak mana. Tetapi, kedua-duanya memang mebuatkan aku jadi semakin gila keriangan. Adrenaline kami membuak-buak.

Sumpah best, kalau korang yang jenis kepala macam aku. Masa mula-mula masuk, terus pergi belah kiri. Kalau korang amik belah kanan, situ more kepada permainan kanak-kanak ribena. Sebelah kiri yang ada ride yang mencabar adrenaline korang. Di tengah-tengah pula ada Mini Legoland, boleh lah ambil gambar kenang-kenangan.

Oh ya, makanan di sini serba serbi mahal gila. Tapi, kalau nak makan juga. Korang try cari kedai nama Asian Delight, amik nasi lemak dengan ayam. Jangan amik kombo dengan air, agak tak berbaloi. Air pandai-pandai seludup bawa masuk dari luar lah..hahaha

Harga sepiring nasi lemak ayam tue RM12, tips nya, korang kongsi satu set nasi lemak ayam goreng berdua. Serius jimat, dan kenyang. Bukan nak makan bagi perut bulat macam ular sawa. Hanya sekadar bagi perut korang tak kosong dan tak mengalami gejala angin naik kat kepala. Rasa macam nak muntah pelangi. Yup, lepas main roller coaster dan Projext X tue, sambil menunggu water park dibuka kembali (tutup sementara sebab hujan), aku dok layan cawan putar-putar dengan cik tunang. Tue dia, macam mabuk ketum lepas habis main cawan putar-putar nie.

Cuaca waktu kami datang tue, awan gelap diselang-seli halilintar yang mengerunkan. Tapi, kepala tengah pening, aku peduli apa. Masa nak masuk waterpark , budak gemok jaga gate buat poyo tak bagi masuk. Dia ingat kami nak terjun dalam air time cuaca macam tue? Kalau tak dapat mandi, dapat masuk pun jadi lah. Dah tiket tue cover waterpark sekali. 1st attempt, budak gemok tak bagi masuk, 2nd attempt langit pun dah cerah kembali, aku pun sembang baik dengan beliau, baru lah bagi masuk. Budak gemok nie agak tegas juga lah, dedikasi dengan tugasnya.

Waktu cuaca kembali elok, kami pun mulakan aktiviti mandi manda sambil berlari keriangan mencuba gelongsor yang disediakan. Too bad, gelongsor kat water park nie tak lah menarik mana. Mungkin itu bukan expertise pihak Legoland Malaysia. Walaubagaimana pun, aku suka kolam yang mengelilingi kawasan tue, yang mana kalian boleh menyusurinya dengan pelampung atau mengutip lego-lego sebesar peha untuk dicantumkan menjadi apa sahaja binaan yang boleh terapung. Paling tak best adalah lantai di bilik persalinan yang licin. Aku dah cakap, waterpark nie bukan bidang kepakaran Legoland Malaysia, bilik persalinan yang padat dengan umat manusia yang separuh bogel berlantaikan lantai mozek. Lantai Mozek?!! Ya, lantai yang licin kalau kau curah air dan keadaan disitu memang licin. Tapi, tak tahulah pada saat entri ini ditulis, pihak Legoland Malaysia sudah kasi upgrade lantai mozek mereka tue.

In the end of the day, we all naik kereta api slow macam siput mengelilingi taman tema nie (water park tak pula dia lalu) sebelum beredar. Oh ya, Surau juga disediakan. Agak selesa.

Search This Blog

Powered by Blogger.

About me

Photo Profile
Taylor Wong Architecture Designer

The Japanese call it Hanakotoba, and King Charles II brought it to Sweden from Persia in the 17th century. Read More

My Instagram

3/randomposts

Like us on Facebook

3/recentposts

recent posts