Showing posts with label azan pertama. Show all posts
Showing posts with label azan pertama. Show all posts
Lebih kurang 3 pagi tadi aku terjaga, dek kerana tidur awal malam tadi.

Tak tahu nak buat apa, aku layan aktiviti-aktiviti riadah seperti mencari channel world cup. Konon-konon nak tengok
perlawanan antara Netherlands vs Costa Rica. Rupa-rupanya, RTM tak tayang pun. Frust jugalah. Almaklumlah, rumah tiada astro. Memang sengaja pakai antena vhf.

Perut rasa lapar, nak sahur memang awal lagi. Acah-acah supper katanya. Murtabak ayam yang dibeli kat bazar sewaktu berbuka tak dijamah. Sebab tertido. Jadi, ada jugalah benda nak dijamah walaupun dah sejuk bedi.

Jam menunjukkan pukul 4am. Belum sempat aku jamah murtabak sejuk nie, tiba-tiba terdengar laungan azan dari sebuah surau yang lokasinya tidak berapa jauh. Sayup-sayup kedengaran.

Eh, biar betul?
Tok bilal salah timing ke?
Ke aku punya jam yang dah rosak?

Macam biasa, wall di facebook jadi kaunter pertanyaan. Mujur ada sahabat yang berada di Penang berkongsi informasi. Ada juga yang buat lawak kelakar yang tak padan dengan usia. Aku abaikan sebab tak berfaedah.


It's called Azan Pertama or Azan kejut sahur peeps.

Aku google juga benda nie untuk kepastian. Banyak juga yang terkejut dan menulis pengalaman mereka. Kira di bumi KL nie agak asing tapi disebelah utara mungkin masih jadi amalan.

Pernah baca satu kampung di Indonesia mengetuk bontot kuali dan periuk untuk kejut sahur? Ataupun di Malaysia sendiri, membunyikan hon motorsikal dikeliling kampung? Method yang lebih kurang sama dengan tujuan yang sama.

Sempat juga aku kongsikan kat group WhatsApp pasal hal nie. Nie reply kawan aku memang membesar kat KL tapi wife orang Kedah.


Korang ada story yang sama?
By the way, aku masih musykil, pukul 4 pagi kot. Awalnya kejut..huhuhu

Search This Blog

Powered by Blogger.

About me

Photo Profile
Taylor Wong Architecture Designer

The Japanese call it Hanakotoba, and King Charles II brought it to Sweden from Persia in the 17th century. Read More

My Instagram

3/randomposts

Like us on Facebook

3/recentposts

recent posts