Otitis Externa Di Klinik Ranjit

/
0 Comments
Down betul aku hari nie bila terpaksa menahan sakit telinga yang tersumbat. Dah lah sakit, hilang pula nikmat mendengar. Mulanya, aku perasan telinga start tersumbat malam semalam. Aku dah rasa kehilangan deria pendengaran di sebelah kiri. Sebelah kanan pun sama, tapi tak teruk macam sebelah kiri. Dah lah tersumbat, tak dengar apa. Lepas tue sakit disebabkan bengkak dalam lubang telinga menghala ke gegendang tue. Macam rasa air bertakung pun ada. Penat aku pam berulangkali dengan menangkup tapak tangan ke telinga.

Balik kerja tadi, keadaan makin worst. Lepas solat zohor aku tidur. Tidur dalam perut lapar. Sakit punya pasal, aku sanggup tidur dari makan. Sedar dari tidur, telinga masih sakit. Kepala aku pusing macam helikopter. Allahu. Dugaan apakah ini? Aku tekup kan muka ke bantal, nak teriok tapi pitching tak sampai. Kemudian aku bangkit semula. Berfikir secara waras. Balas wassap mana yang patut.

Bila waktu dah hampir maghrib, kepala aku masih pusing. Aku saspek mungkin sebab pendengaran aku dah hilang maka badan hilang imbangan. Begitu juga perut yang lapar membuatkan aku seakan-akan ingin mengamuk.

Tak mahu dikatakan muka hensem bertali leher tetapi pekak badak, aku pun pi lah cari klinik yang buka 24 jam sekitar rumah. Dah siap google dan tanya dalam wassap group yang ada mak-mak penyayang, maka aku pun sampailah ke sebuah klinik bernama Klinik Ranjit.


Makin bertambah down bila tengok rupa luaran klinik nie, dah lah tersorok dan sedikit occult suasana sekitar. Mahu jer aku ke klinik kumpulan Mediviron yang mahal tue.

Lepas dah siap register dan tunggu giliran. Aku dipanggil masuk ke bilik doktor. Doktor Melayu. Agak kelam kabut. Siap cakap dia sepatutnya nak solat sunat ke solat Isyak, aku kan pekak kejap, mana dengar dengan jelas. Mula-mula dalam hati, aku memang plan nak pi klinik lain lah lepas nie. Tengok doktor pun tak menyakinkan. Tetapi, sangkaan aku meleset. Doktor nie power woih! Dia teropong telinga aku. Dia diagnosed kiri kanan. Siap lukis lagi gambar explain tentang keadaan telinga aku. Bagitahu kenapa dia takleh buat procedure cuci telinga tue semua buat masa nie.

"Otitis infection & buzzing in ear drum" kata beliau.

Oh my god! Mata aku terus berkaca tang tue juga.

Sekarang nie aku tengah menikmati combo chicken chop dan fish & chip sambil menitik air mata kerana mudah benar buruk sangka.

Nota: gambar bahagian depan Klinik Ranjit tanpa sebarang sentuhan editing. Original woih. Serem!




You may also like

No comments:

Search This Blog

Powered by Blogger.

About me

Photo Profile
Taylor Wong Architecture Designer

The Japanese call it Hanakotoba, and King Charles II brought it to Sweden from Persia in the 17th century. Read More

My Instagram

3/randomposts

Like us on Facebook

3/recentposts

recent posts